Promo Malaysia Tour

Promo Malaysia Tour
Klik Gambar Ini Untuk Dapatkan Hadiah Bernilai RM110 Bila Anda Menyertai Kursus Kami

Wednesday 15 May 2013

INILAH KAMI, SIFU FOTO

Sifu Foto telah di tubuhkan bagi membantu mereka yang berminat dalam bidang fotografi terutama mereka yang baru hendak bertaktih dalam bidang ini.



Matlamat utama kami adalah untuk memberi nasihat, tips dan artikel dalam bahasa Melayu dan serta diberi sentuhan tempatan yang mana sesuai dengan keadaan kita di Malaysia. 


Di sini juga kami sertakan lapuran aktiviti dan promosi kelas serta bengkel yang berkenaan dengan foto dan video anjuran kami dan syarikat/kelab bersekutu. Juga sebarang bentuk outing yang kami anjurkan sama ada untuk proses pembelajaran atau bertemu untuk suai kenal. 


Maka kami mengharapkan sumbangan anda sebagai penulis artikel kolumnis yang akan kami terbitkan dalam page ini dan kredit artikel tersebut akan diberikan kepada anda. Hanya dengan cara ini kita dapat bersatu kerana kami percaya bahawa komuniti foto ini kita-kita sahaja. Kalau kita tak saling tolong menolong, maka dunia foto di Malaysia tidak akan dapat berkembang dengan baik.


Semoga dengan penubuhan page ini, ramai yang boleh mendapat menfaat dari apa sahaja yang berlaku. Kami yakin dan percaya, pekara ini bukan sahaja impan namun ia boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari semua.

Sehingga dilain bicara, kita mula kecil in sya ALLAH perlahan2 kita jadi besar.

Salam sayang, salam foto dari kami.

Yang benar,



Hafiz Azmi
Founder of Sifu Foto 
Founder & CEO Oh! Photography 
Director Reliance Standard
Program Director HES Global  Solutions
018 976 8003
www.facebook.com/hafizazmi83
sifufoto@gmail.com










No comments:

Post a Comment